Kuliah Maghrib di PUTIB

PROGRAM MUSOLLA PUTIB .1-Ustaz Zubir Ismail kuliah Subuh setiap pagi JUMAAT. 2-Ust.Che Harun kuliah untuk Muslimat setiap Rabu selepas Asar. 3- Kuliah Maghrib setiap Khamis.Ustaz Zubir akan bergilir dengan Ustaz Muhd Najib . 4- Ust.Zulkifli Nordin k/maghrib (tafsir Quran) setiap Rabu. 5. Ustaz Zulkifli dari Bt.mentuk Kuliah Maghrib Jumaat.

Isnin, 21 September 2015

Assalamualaikum... Putib masih lagi dalam fasa pembinaan, sudah lama tidak di up date info perkembangan terkini PUTIB kerana penulis Blogger mengalami masaalah teknikal. Walaubagaimana PUTIB terus hidup dengan aktivitinya. Kami masih lagi mengharap penderma untuk menyiapkan keseluruhan bangunannya.

Sabtu, 7 Disember 2013

Program Asyura Dan KUliah Uztaz Zul 29/11/2013.

Program Asyura di PUTIB pada 29 nov 2013 pada siang dan malam kuliah Ustaz Zulkifli, kemudian jamuan asyura bersama jemaah selepas selesai kuliah.



Khamis, 28 November 2013

Program Kuliah Bulanan Ustaz YO 26/11/13




Kuliah maghrib ustaz YO di putib pada 26/11/13, merupakan kuliah bulanan dengan kitab " 20 SIFAT HATI ". Ustaz YO membaca kitab khas di PUTIB. Suntikan ilmu dari kitab ini sungguh mendalam akan manafaatnya kepada setiap orang yang memahami apa yang sebenarnya tersirap didalam kitab itu, tambahan pula kupasan oleh ustaz YO untuk lebih jelas lagi akan memahami isi kandungan sungguh berkesan.

Kepada mereka yang ingin mencari ilmu kebaikan dunia dan akhirat datanglah ke PUTIB bila ada program kuliah seperti ini, tidak akan rugi, percayalah. Allahwa'alam.


Selasa, 30 April 2013

Penglibatan PUTIB Menghadapi PRU13

PUTIB berperanan sebagai markas Cawangan Pekan Binjai. Penglibatan PUTIB juga secara langsung bagi membantu calon Parlimen dan Dun Air Puteh.
















Selasa, 26 Mac 2013

Penyerahan Bendara oleh BOB LOKMAN.

    Saudara Bob Lokman yang merupakan bekas artis yang kini bergiat aktif sebagai penceramah bebas dijemput khas mengadakan kuliah maghrib di PUTIB, sepanjang beliau berada di Kemaman selama 3 hari. Sebaik sahaja selesai beliau mengadakan ceramah di kampung Lubuk Lesong anjuran DUN Air Puteh dan sebelum itu upacara ringkas penyerahan bendara sebagai satu simbol pelancaran gerak-kerja Markas Pas Cawangan Pekan Binjai yang kini telah dibuka kepada orang ramai sebagai salah-satu tempat untuk menyamak Pendaftaran Mengundi.
   Kedantangan saudara Bob Lokman bertujuan membantu calon-calon yang bertanding di Kawasan Kemaman bagi menghadapi pilihanraya yang akan berlaku bila-bila masa ini.
   Bagi calon DUN AIR PUTEH KEMAMAN Saudara Zulkifli Mat Yakin yang kini merupakan muka baru di peringkat PRU13 ini, kami menyokong diatas perlantikan beliau dan akan membantu semampu yang mungkin sehingga mencapai kemenangan (InsyaALLAH), semoga beliau dapat melakukan perubahan pimpinan dan pentadbiran.
    Bagi manusia yang berpolitik mementingkan jawatan, kedudukan malah engkar keputusan Syura Ulamak dan sanggup melakukan perkara kotor bagi mencapai tujuan. Mereka ini adalah perosak ugama dan bangsa, adalah tidak layak sama-sekali menjadi pemimpin. Ugama tidak pernah merasakan kebaikan bagi manusia seperti ini, yang langsung tiada keinsafan sama-sekali sehingga sanggup memfitnah sesama ummah, melakukan perkara  binasa diatas kelakuannya sendiri. Lambat-laun LAKNAK ALLAH t.a akan menimpa mereka sehingga terhina sehinanya.

   Untuk mengikuti rakaman kuliah Bob Lokman boleh ke Bar Video sebelah atau melawati di YOUTUBE dengan menaib "binjaiism".

Sebahagian hadirin yang berada dalam Musolla PUTIB.

Bob Lokman sebagai wakil kehormat menerima bendera PAS dari Saudara Zulkifli M.Yakin.

Kuliah Bob Lokman menyutik semangat hadirin yang merupakan keturunan TOK KENALI.

Pok Su Besar wakil PUTIB menerima bendera PAS.

Kuliah Bob mengenai perjuangan ISLAM.

Penyampain dan penerimaan.

Jumaat, 22 Mac 2013

Al-Fatihah.

Allahyarham Ustaz Ya.

Pada pagi khamis tanggal 21/03/2013 bersamaan 09 Jamadil Awal 1434 Hijrah, telah kembali kerahmatullah USTAZ YA yang pernah menjadi Pengerusi Tarbiyyah PUTIB dan juga salah seorang tenaga pengajar melalui kuliah-kuliahnya.
Kami warga PUTIB mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat bersama-sama dengan orang-orang Mukmin. AL-FATIHAH.

Dalam kenangan semoga rohnya dicucuri Rahmat.

Jumaat, 15 Mac 2013

Program Kuliah Bulanan sesi Mac.

(Update perubahan program tarikh 22/03/13 hari Jumaat YB Ust.Wan Hassan dan 23/03/13 hari Sabtu Saudar Bob Lokman.!!!!! harap maklum).

Program Kuliah Maghrib bulanan di PUTIB bagi sesi bulan MAC ini, akan menggadakan kuliah berkembar pada 23/03/13 hari Sabtu oleh YB Ustaz Wan Hassan dan 24/03/13 hari Ahad jemputan khas saudara BOB LOKMAN.
Saudara Bob Lokman akan menggadakan kuliah maghrib di PUTIB dan kemudian akan menghadiri ceramah umum di AIR PUTEH sebaik saja selesai program di PUTIB, ceramah ini dibawah anjuran PAS DUN AIR PUTEH.
Kepada muslimin-muslimat yang kelapangan di jemput hadir..InsayaALLAH.

 Saudara BOB LOKMAN kuliah maghrib pada hari Ahad 24/03/13.

YB Ustaz Wan Hassan Ramli pada hari Sabtu 23/03/13.

Jumaat, 1 Mac 2013

Pelancaran Markas Pilihanraya PRU13 - PUTIB

Bagi menghadapi pilihanraya yang ke13 ini, PUTIB mempersiapkan tempat untuk dijadikan markas yang pertama kali, semenjak pembinaannya. Majlis ringkas ini dilancarkan pada hari jumaat 01.03.13 oleh Al-Fathir Ustaz Che Harun Ibrahim yang merupakakan Penaung dan Ketua bagi PAS CAWANGAN PEKAN BINJAI.

Walaupun parlimen belum dibubar lagi, tetapi perkara itu akan berlaku bila-bila masa, justeru itu persiapan awal perlu bagi parti terutamanya PAS yang akan menuju ke PUTRAJAYA, jika diizinkan ALLAH insyaALLAH. Apa yang kami harapkan semoga PAS dipimpin oleh manusia yang berjiwa ISLAM dan AMANAH, terutamanya di kawasan DUN AIR PUTEH ini. Bagi yang tamakkan jawatan dari golongan MUNAFIKAN semoga mereka dilaknati jika tiada kesedaran, insyaALLAH.....TAKBIR.







Ahad, 17 Februari 2013

Ustaz Kamarudzaman Kuliah Di PUTIB.

Program kuliah bulanan kali ini dijemput ust.Kamarudzaman Abdullah Tim.Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu mengadakan kuliah maghrib di PUTIB pada 16/02/13 hari sabtu.
Sedutan kuliah di YOUTUBE taip putib.
 
 
 

Ahad, 30 Disember 2012

Program IJTIMAK BICARA ULAMAK DI PUTIB 04.01.13 Jumaat.


Program anjuran AJK PUTIB, IJTIMAK BICARA ULAMAK pada hari Jumaat 04.01.13. Bersama dengan Ustaz Nik Zawawi Salleh ( Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Pusat), Ust,Hishamuddin ( Ketua Pemuda Pas Kawasan Kemaman) dan Ust.Nasrudin Hassan At Tantawi ( Ketrua Pemuda Pad Pusat ).

Disini layan 12 gambar dan 2 video di YOUTUBE